Langkau ke kandungan

Carian popular

Buat template WhatsApp

Dikemas kini

Template WhatsApp menyimpan mesej yang anda gunakan berulang kali. Anda memilih template ini semasa anda menghubungi semula penderma, dan dalam tetapan notifikasi WhatsApp bagi setiap borang. Beri Salam menghantar mesej WhatsApp melalui WasapBom. Oleh itu, sambungkan akaun WasapBom anda dalam Settings → WasapBOM dahulu. Lihat Tetapan WhatsApp.

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Tools.

  2. Klik WhatsApp Templates. Page Custom WhatsApp Templates akan dibuka.

  3. Klik Add WhatsApp Template.

  4. Isi Template Name dengan nama untuk rujukan anda. Medan ini wajib diisi.

  5. Tulis mesej dalam ruangan di bawah Template Name. Mesej boleh mengandungi teks, emoji dan format berikut:

    Format Cara menulis
    Tebal *teks*
    Condong _teks_
    Garis potong ~teks~
  6. Masukkan tag jika perlu. Senarai tag ada di bawah ruangan mesej.

  7. Klik Submit & Save dan tunggu sehingga proses selesai.

Panjang mesej maksimum ialah 4096 aksara. Untuk mengubah atau memadam template, klik Edit atau Delete pada template itu dalam senarai Custom WhatsApp Templates.

Semasa mesej dihantar, Beri Salam menggantikan setiap tag dengan maklumat sebenar. Berikut ialah sebahagian tag yang selalu digunakan:

Tag Diganti dengan
#participant_name# Nama penderma.
#campaign_name# Nama kempen.
#transaction_amount# Amaun sumbangan.
#transaction_refno# Nombor rujukan transaksi.
#transaction_status# Status transaksi.
#tenant_name# Nama organisasi anda.

Senarai penuh ada di bawah ruangan mesej. Lajur Available in Page menunjukkan di page mana tag itu mempunyai nilai.

Setiap borang boleh menghantar mesej WhatsApp kepada penderma dan admin selepas transaksi. Ikut langkah ini untuk memilih template.

  1. Klik Donations → Forms.

  2. Klik Edit pada borang itu.

  3. Di bahagian Additional Settings, klik WhatsApp Template.

  4. Pilih template dalam Choose Template untuk setiap mesej berikut.

    Bahagian Medan Bila dihantar
    Donor WhatsApp Templates Transaction Success Template Kepada penderma, apabila transaksi berjaya.
    Donor WhatsApp Templates Transaction Failed Template Kepada penderma, apabila transaksi gagal.
    Admin WhatsApp Templates Transaction Success Template Kepada admin, apabila transaksi berjaya.
    Admin WhatsApp Templates Transaction Failed Template Kepada admin, apabila transaksi gagal.
  5. Semak teks mesej. Ubah teks jika perlu, atau klik Reset to Default untuk kembali kepada teks asal.

  6. Klik Submit & Save.

Isu-isu biasa

Kenapa mesej WhatsApp tidak dihantar selepas penderma membuat sumbangan?

Semak tetapan WhatsApp Template bagi borang itu. Jika template kosong, mesej WhatsApp tidak dihantar. Pastikan WasapBom juga sudah disambung dalam Settings → WasapBOM.

Boleh saya guna huruf tebal dalam mesej WhatsApp?

Boleh. Tulis *tebal*, _condong_ atau ~potong~.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.