Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak senarai sumbangan

Dikemas kini

Page Donations menyenaraikan semua transaksi sumbangan organisasi anda daripada semua borang derma. Gunakan page ini untuk menyemak status bayaran, mencari sumbangan tertentu dan export senarai untuk rekod.

Ikut langkah ini untuk membuka senarai sumbangan:

  1. Log masuk ke Beri Salam console.
  2. Klik Donations → Donations.

Di bahagian atas page, tiga kotak ringkasan memaparkan bilangan dan nilai sumbangan bagi setiap status, dengan tarikh transaksi terakhir:

Kotak Keterangan
Successful Sumbangan yang berjaya dibayar.
Unsuccessful Sumbangan yang tidak berjaya.
Pending Sumbangan yang masih menunggu keputusan bayaran.

Senarai sumbangan memaparkan lajur Created, Status, Channel, Name, Mobile Number, Referral Agent dan Transaction ID. Di bawah setiap sumbangan, satu jadual kecil memaparkan borang, kempen, pakej, kuantiti dan jumlah.

Gunakan filter di sebelah kiri page untuk mencari sumbangan:

  1. Isi satu atau lebih filter:

    Filter Gunakan untuk
    Created Date Range Sumbangan antara dua tarikh.
    Transaction ID Mencari satu transaksi.
    Transaction Status New, Pending, Unsuccessful, Successful, Cancelled atau Abandoned.
    Transaction Type One Off atau Recurring.
    Direct Debit Frequency Weekly atau Monthly, untuk sumbangan Direct Debit.
    Payment Channel Saluran bayaran, contohnya FPX Online Banking atau Manual Bank Transfer & CDM.
    Name, Email, Mobile Number Sumbangan daripada seorang penderma.
    Campaign, Package, Form Title, Form Code Sumbangan bagi satu kempen, pakej atau borang.
  2. Klik Filter. Kotak ringkasan di atas juga berubah mengikut filter anda.

  3. Klik Reset untuk mengosongkan semua filter.

Untuk carian cepat, gunakan link Shortcut for di atas senarai: Today, Yesterday, This Week, This Month, Pending, Successful, Unsuccessful atau Bank Transfer. Bank Transfer memaparkan sumbangan melalui pindahan bank manual.

Klik Details pada satu sumbangan. Page Donation Details memaparkan bahagian ini:

Bahagian Keterangan
Butiran transaksi Status, Transaction ID, Reference Number, Amount (dengan caj payment gateway jika ada) dan Payment Channel.
Extra Information Jawapan penderma kepada medan tambahan dalam borang.
Butiran saluran bayaran Contohnya FPX Online Banking Details, dengan status dan nombor rujukan daripada bank.
Form Details Borang derma yang digunakan, dengan Achieve Rate.
Donor Details Maklumat penderma dan Lifetime Value (LTV). Klik View Profile untuk membuka page penderma.
Transaction Details Kempen, pakej, kuantiti dan jumlah.
Donor Relationship Management Butang Email Donor, SMS Donor, WhatsApp Donor dan Donor Address.

Untuk sumbangan yang berjaya, Transaction Details mempunyai butang Download Receipt, Resend Receipt via Email dan Resend Receipt via SMS. Butang Receipt dalam senarai juga memuat turun resit.

Untuk sumbangan melalui pindahan bank manual, page Donation Details mempunyai bahagian Manual Bank Transfer Details dan baris Status Actions. Semak bukti bayaran dan akaun bank anda dahulu, kemudian klik satu butang. Status berubah sebaik sahaja anda klik.

Butang Bila digunakan
Mark as Successful Wang sudah masuk ke akaun bank anda.
Mark as Unsuccessful Tiada bayaran diterima.
Mark as Pending Anda mahu mengembalikan status kepada menunggu.

Butang bagi status semasa tidak dipaparkan.

Ikut langkah ini untuk export senarai sumbangan:

  1. Filter senarai jika perlu. Fail export mengikut filter anda.
  2. Klik Export. Panel Export Report akan dibuka.
  3. Dalam Select Fields to Export, tandakan medan Transaction dan Participant yang anda mahu.
  4. Klik PDF, Excel atau Text. Untuk PDF, pilih PDF Orientation.
  5. Console meminta anda mengesahkan bilangan rekod yang akan di-export. Klik Yes.

Untuk menghantar mesej kepada penderma dalam senarai ini, lihat Hubungi semula penderma.

  • Semak link Bank Transfer dengan kerap. Anda perlu mengemas kini status setiap sumbangan melalui pindahan bank manual.
  • Cari mengikut e-mel apabila penderma bertanya. Filter Email memaparkan semua sumbangan penderma itu dalam satu senarai.

Isu-isu biasa

Kenapa butang Receipt tiada pada sesetengah sumbangan?

Resit hanya tersedia untuk sumbangan yang berjaya. Sumbangan dengan status lain, contohnya New atau Unsuccessful, tidak mempunyai butang Receipt.

Bagaimana saya mengesahkan sumbangan melalui pindahan bank manual?

Buka Details sumbangan itu. Untuk pindahan bank manual, baris Status Actions mempunyai butang Mark as Successful, Mark as Unsuccessful dan Mark as Pending. Butang bagi status semasa tidak dipaparkan.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.