Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak senarai sumbangan anda

Dikemas kini

Panduan ini untuk penderma. Dalam akaun penderma, anda boleh melihat setiap sumbangan yang anda buat kepada organisasi, sama ada bayaran sekali atau Direct Debit. Gunakan page ini untuk menyemak status bayaran, atau untuk mencari transaksi sebelum anda memuat turun resit. Jika anda belum log masuk, lihat Log masuk ke akaun penderma.

Selepas anda log masuk ke akaun penderma, page Transactions dibuka terus.

  1. Klik Transactions pada menu atas.

    Senarai Transactions dalam akaun penderma

  2. Cari sumbangan anda dalam senarai. Untuk filter senarai, isi medan di sebelah kiri, kemudian klik Filter. Klik Reset untuk mengosongkan semua medan.

    Medan Gunakan untuk
    Created Date Range Paparkan transaksi antara dua tarikh.
    Transaction ID Cari satu transaksi dengan nombor rujukannya.
    Transaction Status Paparkan satu status sahaja, contohnya Successful atau Unsuccessful.
    Transaction Type Pilih One Off untuk bayaran sekali, atau Recurring untuk bayaran berulang.
    Payment Channel Paparkan satu cara bayaran sahaja, contohnya FPX Online Banking atau Direct Debit.

Senarai ini menunjukkan lajur berikut:

Lajur Keterangan
Created Tarikh dan masa transaksi dibuat.
Status Status bayaran, contohnya SUCCESSFUL atau UNSUCCESSFUL.
Channel Logo cara bayaran, contohnya FPX atau Direct Debit.
Tenant Nama organisasi yang menerima sumbangan.
Name Nama penderma.
Transaction ID Nombor rujukan transaksi.
Amount Jumlah sumbangan.

Untuk melihat maklumat penuh satu transaksi, ikut langkah ini.

  1. Klik butang Details pada baris transaksi itu.

    Page Transaction Details dengan butiran sumbangan

  2. Semak maklumat dalam setiap bahagian page itu.

    Bahagian Keterangan
    Transaction Details Tarikh, Status, Transaction ID, Reference Number, Amount dan Payment Channel.
    Butiran cara bayaran Contohnya FPX Online Banking Details, yang menunjukkan nombor rujukan bank dan nama bank anda.
    Donor Details Nama, e-mel dan nombor telefon yang anda isi dalam borang.
    Donation Details Kempen, pakej, kuantiti dan jumlah untuk setiap item.

Jika anda mengisi medan tambahan atau maklumat pengecualian cukai dalam borang, page ini juga mempunyai bahagian Extra Info atau Tax Exemption Details.

Dari bahagian Donation Details, anda boleh memuat turun resit untuk transaksi yang berjaya.

  • Derma dengan e-mel yang sama setiap kali. Senarai ini hanya menunjukkan sumbangan yang dibuat dengan e-mel akaun penderma anda. Sumbangan dengan e-mel lain tidak dipaparkan di sini.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.