Langkau ke kandungan

Carian popular

Hantar data transaksi ke sistem lain melalui webhook

Dikemas kini

Webhook menghantar butiran transaksi borang derma ke sistem anda, contohnya sistem perakaunan atau CRM. Tetapan ini untuk pembangun sistem. Anda memerlukan URL yang boleh menerima data daripada Beri Salam.

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Donations → Forms.
  2. Cari borang anda, kemudian klik Edit.
  3. Skrol ke bahagian Additional Settings.
  4. Klik Webhook. Panel Webhook akan dibuka di sebelah kanan.
  5. Dalam medan Webhook URL, masukkan alamat sistem anda. Pastikan alamat itu bermula dengan https://.
  6. Klik Test Webhook untuk menghantar data contoh ke URL itu. Butang itu akan menunjukkan Success! atau Failed.
  7. Klik Save.

Untuk berhenti menghantar data, kosongkan Webhook URL dan klik Save.

Beri Salam menghantar data ke URL anda apabila status transaksi bagi borang ini dikemas kini, contohnya apabila bayaran berjaya atau gagal. Panel Webhook menyenaraikan syarat ini:

  • Sistem anda mesti membalas dengan kod 200 selepas menerima data.
  • Setiap permintaan akan tamat masa selepas 30 saat.
  • Jika percubaan pertama gagal, Beri Salam akan menghantar semula data itu secara automatik.

Setiap penghantaran mengandungi kumpulan data ini:

Kumpulan Kandungan
form Kod dan tajuk borang.
transaction Nombor, tarikh, status, amaun, caj payment gateway dan saluran bayaran bagi transaksi itu.
fpx Butiran FPX, seperti bank penderma.
manual_bank_transfer Butiran pindahan bank manual, jika penderma memilih kaedah ini.
receipt Nombor resit, dan link resit bagi transaksi yang berjaya.
participant Nama, e-mel, nombor telefon dan alamat penderma.
referral_agent Butiran referral agent, jika ada.
donation Kempen, pakej, kuantiti dan amaun bagi setiap item sumbangan.
custom_fields Jawapan penderma untuk medan tambahan dalam Donor Details.

Header X-Webhook-Transaction-ID mengandungi nombor transaksi.

Beri Salam merekod setiap penghantaran dalam Tools → Webhook Logs. Lajur URL, Attempts dan Status Code menunjukkan ke mana data dihantar, berapa kali Beri Salam mencuba, dan respons daripada sistem anda. Klik Resend untuk menghantar semula data transaksi itu.

Isu-isu biasa

Bagaimana saya tahu webhook berjaya dihantar?

Klik Tools → Webhook Logs. Lajur Status Code dan Attempts menunjukkan hasil setiap penghantaran.

Bagaimana saya menghantar semula data yang sistem saya tidak sempat terima?

Klik Tools → Webhook Logs, cari transaksi itu, kemudian klik Resend.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.