Tetapan program referral
Tetapan referral mengawal program referral organisasi anda: sama ada Beri Salam merekod trafik referral, sama ada orang boleh mendaftar sendiri sebagai agent, dan sama ada agent menerima komisen.
Buka tetapan referral
Bahagian bertajuk “Buka tetapan referral”Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.
- Klik Referrals → Settings. Anda juga boleh klik Settings → Referral.
- Ubah tetapan dalam page Referral Settings.
- Klik Submit & Save.
Page Referral Settings mempunyai tetapan berikut:
| Tetapan | Keterangan |
|---|---|
| Enable Referral Program | On-kan program referral. Jika di-off-kan, Beri Salam tidak merekod trafik atau transaksi referral. |
| Enable Public Registration | Benarkan orang mendaftar sendiri sebagai referral agent melalui page pendaftaran. Enable Referral Program juga mesti on. |
| Cookie Expiration (Days) | Bilangan hari cookie referral disimpan dalam browser pelawat, antara 1 dan 730 hari. Nilai default ialah 365 hari. |
| Enable Commission | On-kan untuk merekod komisen referral agent. |
| Commission Type | Percentage (%) atau Flat Rate (RM). Dipaparkan apabila Enable Commission on. |
| Commission Rate | Rate komisen global untuk semua referral agent. Dipaparkan apabila Enable Commission on. |
Cara cookie referral berfungsi
Bahagian bertajuk “Cara cookie referral berfungsi”Apabila pelawat membuka borang melalui referral link, Beri Salam menyimpan kod agent dalam cookie browser pelawat itu. Jika pelawat itu menderma kemudian tanpa link agent, sumbangan itu masih direkodkan untuk agent tersebut, selagi cookie belum tamat tempoh.
Rate komisen untuk borang atau agent tertentu
Bahagian bertajuk “Rate komisen untuk borang atau agent tertentu”Rate global dalam Referral Settings ialah rate default. Anda boleh menetapkan rate lain untuk satu borang atau satu agent. Beri Salam menggunakan rate mengikut susunan ini:
- Rate agent, dalam bahagian Commission Override pada borang agent. Lihat Tambah referral agent.
- Rate borang, melalui butang Referral Commission pada page borang.
- Rate global dalam Referral Settings.
Untuk menetapkan rate bagi satu borang, ikut langkah ini.
- Klik Donations → Forms.
- Cari borang anda, kemudian klik Edit.
- Klik Referral Commission. Butang ini hanya boleh diklik apabila Enable Commission on.
- On-kan Enable referral tracking and commission for this form.
- Pilih Commission Type: Default (Use Global), Percentage (%) atau Flat Rate (RM).
- Masukkan Commission Rate jika anda tidak memilih Default (Use Global).
- Klik Save Commission Settings.
Jika anda off-kan Enable referral tracking and commission for this form, borang itu tidak dipaparkan dalam senarai link agent.
- On-kan Enable Public Registration hanya jika anda mahu sesiapa sahaja boleh menjadi agent. Jika tidak, tambah setiap agent sendiri dalam Referrals → Agents.
- Tetapkan rate komisen sebelum agent mula berkongsi link. Beri Salam menyimpan rate pada masa transaksi dibuat. Oleh itu, perubahan rate tidak mengubah komisen yang sudah direkodkan.
Isu-isu biasa
Kenapa menu Commissions dan Payouts berwarna grey dan tidak boleh diklik?
Komisen belum aktif. On-kan Enable Commission dalam Referrals → Settings, kemudian klik Submit & Save.
Penderma membuka link agent, tetapi menderma beberapa hari kemudian tanpa link itu. Adakah sumbangan itu masih direkodkan untuk agent?
Ya, jika cookie referral masih ada dalam browser penderma. Tempoh cookie mengikut nilai Cookie Expiration (Days).
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

