Hantar mesej secara automatik dengan Automations
Automations menjalankan tindakan secara automatik apabila sesuatu berlaku dalam Beri Salam. Contohnya, Beri Salam boleh menghantar e-mel terima kasih apabila sumbangan berjaya, atau menambah penderma ke Google Sheets. Setiap automation mempunyai satu trigger dan satu atau lebih node tindakan.
Trigger & tindakan
Bahagian bertajuk “Trigger & tindakan”Setiap automation bermula dengan satu trigger:
| Trigger | Bila trigger berjalan |
|---|---|
| Transaction Status Changed | Status mana-mana transaksi berubah. |
| Mandate Status Changed | Status mana-mana mandat Direct Debit berubah. |
| Referral Agent Registered | Referral agent baru mendaftar. Dalam senarai dan filter Trigger Type, trigger ini bernama New Referral Agent. |
| Commission Status Changed | Komisen referral agent diluluskan, ditolak atau berstatus menunggu. |
Selepas trigger, anda menambah node tindakan daripada kumpulan berikut:
| Kumpulan | Node |
|---|---|
| Notifications | Send Email, Send WasapBom, Send Wabot, Send WasapBot |
| Integrations | SMS Niaga, Mail Niaga, Google Sheets, HTTP Request |
| Flow Control | Delay (tunggu sebelum meneruskan), Condition (pilih laluan mengikut data) |
Sambung perkhidmatan luar dahulu
Bahagian bertajuk “Sambung perkhidmatan luar dahulu”Node WhatsApp, SMS Niaga, Mail Niaga dan Google Sheets memerlukan sambungan. Buat langkah ini sekali sahaja untuk setiap perkhidmatan.
- Klik Automations → Integration Settings.
- Klik butang perkhidmatan, contohnya WasapBom Integration » atau Google Sheets ».
- On-kan pilihan Enable, contohnya Enable WasapBom Integration.
- Masukkan token atau ID yang diberikan oleh perkhidmatan itu, contohnya API Token dan Admin WhatsApp Number.
- Klik Save.
Untuk Google Sheets, klik Connect Google Sheets dan log masuk ke akaun Google anda.
Buat automation daripada template
Bahagian bertajuk “Buat automation daripada template”Cara paling cepat ialah menggunakan template. Ikut langkah ini.
- Klik Automations → Automations.
- Klik Templates.
- Pilih template, contohnya Send Receipt on Successful Payment atau WhatsApp Notification After Payment, dan klik Use Template.
- Semak setiap node dalam editor dan ubah teks mesej jika perlu.
- Klik Update Automation, kemudian klik Activate.
Buat automation baru
Bahagian bertajuk “Buat automation baru”Ikut langkah ini untuk membina automation tanpa template.
- Klik Automations → Automations.
- Klik New Automation.
- Masukkan nama dalam Automation Name.
- Klik Add Trigger dan pilih trigger.
- Klik Add Node dan pilih tindakan. Node baru akan disambungkan kepada node sebelumnya.
- Klik ikon tetapan di bawah node untuk membuka Configure Node. Isi medan node itu, contohnya To, Subject dan Body untuk Send Email.
- Klik Variables untuk memasukkan data penderma, contohnya
{participant_email}, kemudian klik Save Changes. - Ulang langkah 5 hingga 7 untuk setiap tindakan.
- Klik Save Automation. Automation disimpan dengan status Inactive.
- Klik Activate untuk mula menjalankan automation itu.
Semak & urus automation
Bahagian bertajuk “Semak & urus automation”Senarai Automations menunjukkan Name, Trigger, Status, Runs dan Last Run untuk setiap automation. Dalam senarai ini, anda boleh:
- Klik View untuk melihat sejarah larian. Page ini menunjukkan jumlah larian Completed, Failed, Partial dan Running, serta senarai setiap larian dan statusnya.
- Klik Action, kemudian pilih Edit, Clone, Export atau Delete.
- Klik Import dan pilih fail JSON untuk memasukkan automation yang anda export sebelum ini.
Automation yang diklon atau diimport juga bermula dengan status Inactive.
- Tambah Condition selepas trigger status. Trigger status berjalan untuk setiap perubahan, termasuk transaksi yang gagal.
- Guna Delay untuk mesej follow-up. Contohnya, tunggu 5 minit sebelum menghantar WhatsApp. Dengan cara ini, mesej itu tidak sampai serentak dengan resit e-mel.
- Uji dengan satu sumbangan kecil. Selepas automation aktif, semak View dan log mesej untuk memastikan mesej dihantar.
Isu-isu biasa
Kenapa tiada mesej dihantar selepas saya menyimpan automation?
Automation baru berstatus Inactive. Buka automation itu dengan Edit dan klik Activate. Untuk mesej WhatsApp atau SMS, semak juga sambungan dalam Integration Settings.
Bagaimana saya menghantar mesej untuk sumbangan yang berjaya sahaja?
Trigger Transaction Status Changed berjalan untuk setiap perubahan status. Tambah node Condition selepas trigger dan pilih status yang anda mahu. Template Send Receipt on Successful Payment sudah mengandungi contoh ini.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

