Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak komisen dan bayar payout kepada referral agent

Dikemas kini

Jika organisasi anda membayar komisen kepada referral agent, Beri Salam merekodkan satu komisen bagi setiap transaksi yang dibuat melalui referral link. Komisen hanya direkodkan jika rate komisen lebih daripada 0. Gunakan page Commissions untuk menyemak komisen, dan page Payouts untuk membayar agent.

Menu Commissions dan Payouts hanya boleh diklik apabila Enable Commission di-on-kan. Lihat Tetapan program referral.

Beri Salam mengira komisen semasa transaksi dibuat, dan mengemas kini status komisen mengikut status transaksi:

Status Bila
Pending Transaksi masih baru atau belum selesai.
Approved Transaksi berjaya. Komisen ini boleh dimasukkan dalam payout.
Rejected Transaksi gagal atau tidak berjaya.

Komisen dikira daripada jumlah transaksi. Bagi Percentage (%), komisen ialah peratusan daripada jumlah itu. Bagi Flat Rate (RM), komisen ialah amaun tetap bagi setiap transaksi.

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Referrals → Commissions.
  2. Filter senarai mengikut tarikh, Agent atau Status jika perlu, kemudian klik Filter.

Kad Pending, Approved dan Rejected di atas senarai menunjukkan bilangan dan jumlah komisen bagi setiap status. Klik satu kad untuk filter senarai mengikut status itu.

Senarai komisen menunjukkan lajur berikut:

Lajur Keterangan
Date Tarikh komisen direkodkan.
Agent Referral agent yang menerima komisen.
Transaction Transaksi yang menghasilkan komisen.
Trx Amount Jumlah transaksi.
Rate Rate komisen yang digunakan.
Commission Jumlah komisen.
Status Status komisen.
Payout Status dan Payout Date Status dan tarikh payout, jika komisen sudah dimasukkan dalam payout.

Payout mengumpulkan komisen Approved yang belum dibayar, satu payout bagi setiap agent. Ikut langkah ini untuk menjana payout.

  1. Klik Referrals → Payouts.
  2. Klik Generate Payout.
  3. Pilih Date Range.
  4. Pilih agent dalam Agents. Biarkan kosong untuk semua agent.
  5. Klik Preview. Jadual Payout Preview menunjukkan bilangan komisen dan jumlahnya bagi setiap agent.
  6. Klik Confirm & Generate Payout.
  7. Semak ringkasan, kemudian klik Generate Payout.

Status payout baru ialah Processing.

Buat langkah ini selepas anda memindahkan wang kepada agent.

  1. Klik Referrals → Payouts.
  2. Klik Mark Paid pada baris payout.
  3. Pilih Payment Method: Bank Transfer, Cash, Cheque atau E-Wallet.
  4. Masukkan Payment Reference, contohnya nombor rujukan pindahan bank.
  5. Masukkan Notes jika perlu.
  6. Klik Confirm Payment.

Status payout bertukar kepada Paid, dan Beri Salam menghantar e-mel kepada agent. Untuk menandakan beberapa payout sekali gus, tandakan kotak pada setiap baris, kemudian klik Mark as Paid.

Senarai payout menunjukkan lajur Date, ID, Agent, Account Name & Bank, Account Details, Amount, Status dan Paid At. Klik View untuk membuka panel Payout Details. Panel ini menunjukkan maklumat bank agent dan komisen dalam payout itu.

Anda juga boleh menolak payout yang berstatus Processing. Klik Reject dalam panel Payout Details. Beri Salam mengeluarkan komisen daripada payout itu, dan anda boleh memasukkan komisen itu dalam payout lain.

  • Pastikan maklumat bank agent lengkap sebelum anda menjana payout. Senarai payout menunjukkan bank dan nombor akaun daripada profil agent.
  • Masukkan nombor rujukan yang betul dalam Payment Reference. Nombor rujukan ini membantu anda menyemak bayaran jika agent bertanya.

Isu-isu biasa

Kenapa komisen agent masih Pending?

Transaksi penderma belum berjaya. Komisen menjadi Approved secara automatik apabila transaksi berjaya, dan Rejected jika transaksi gagal.

Kenapa tiada komisen dalam senarai selepas saya klik Preview?

Payout hanya mengambil komisen Approved yang belum dimasukkan dalam mana-mana payout, dalam julat tarikh yang anda pilih. Semak julat tarikh dan status komisen.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.