# Semak komisen dan bayar payout kepada referral agent

> Semak komisen referral agent, jana payout daripada komisen yang diluluskan dan tandakan payout sebagai sudah dibayar.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/referral-commissions/

Jika organisasi anda membayar komisen kepada referral agent, Beri Salam merekodkan satu komisen bagi setiap transaksi yang dibuat melalui referral link. Komisen hanya direkodkan jika rate komisen lebih daripada 0. Gunakan page **Commissions** untuk menyemak komisen, dan page **Payouts** untuk membayar agent.

Menu **Commissions** dan **Payouts** hanya boleh diklik apabila **Enable Commission** di-on-kan. Lihat [Tetapan program referral](https://docs.berisalam.com/referral-settings/).

## Status komisen

Beri Salam mengira komisen semasa transaksi dibuat, dan mengemas kini status komisen mengikut status transaksi:

| **Status** | Bila |
|---|---|
| **Pending** | Transaksi masih baru atau belum selesai. |
| **Approved** | Transaksi berjaya. Komisen ini boleh dimasukkan dalam payout. |
| **Rejected** | Transaksi gagal atau tidak berjaya. |

Komisen dikira daripada jumlah transaksi. Bagi **Percentage (%)**, komisen ialah peratusan daripada jumlah itu. Bagi **Flat Rate (RM)**, komisen ialah amaun tetap bagi setiap transaksi.

## Semak komisen

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Referrals** → **Commissions**.
2. Filter senarai mengikut tarikh, **Agent** atau **Status** jika perlu, kemudian klik **Filter**.

Kad **Pending**, **Approved** dan **Rejected** di atas senarai menunjukkan bilangan dan jumlah komisen bagi setiap status. Klik satu kad untuk filter senarai mengikut status itu.

Senarai komisen menunjukkan lajur berikut:

| **Lajur** | Keterangan |
|---|---|
| **Date** | Tarikh komisen direkodkan. |
| **Agent** | Referral agent yang menerima komisen. |
| **Transaction** | Transaksi yang menghasilkan komisen. |
| **Trx Amount** | Jumlah transaksi. |
| **Rate** | Rate komisen yang digunakan. |
| **Commission** | Jumlah komisen. |
| **Status** | Status komisen. |
| **Payout Status** dan **Payout Date** | Status dan tarikh payout, jika komisen sudah dimasukkan dalam payout. |

## Jana payout

Payout mengumpulkan komisen **Approved** yang belum dibayar, satu payout bagi setiap agent. Ikut langkah ini untuk menjana payout.

1. Klik **Referrals** → **Payouts**.
2. Klik **Generate Payout**.
3. Pilih **Date Range**.
4. Pilih agent dalam **Agents**. Biarkan kosong untuk semua agent.
5. Klik **Preview**. Jadual **Payout Preview** menunjukkan bilangan komisen dan jumlahnya bagi setiap agent.
6. Klik **Confirm & Generate Payout**.
7. Semak ringkasan, kemudian klik **Generate Payout**.

Status payout baru ialah **Processing**.

## Tandakan payout sebagai dibayar

Buat langkah ini selepas anda memindahkan wang kepada agent.

1. Klik **Referrals** → **Payouts**.
2. Klik **Mark Paid** pada baris payout.
3. Pilih **Payment Method**: **Bank Transfer**, **Cash**, **Cheque** atau **E-Wallet**.
4. Masukkan **Payment Reference**, contohnya nombor rujukan pindahan bank.
5. Masukkan **Notes** jika perlu.
6. Klik **Confirm Payment**.

Status payout bertukar kepada **Paid**, dan Beri Salam menghantar e-mel kepada agent. Untuk menandakan beberapa payout sekali gus, tandakan kotak pada setiap baris, kemudian klik **Mark as Paid**.

Senarai payout menunjukkan lajur **Date**, **ID**, **Agent**, **Account Name & Bank**, **Account Details**, **Amount**, **Status** dan **Paid At**. Klik **View** untuk membuka panel **Payout Details**. Panel ini menunjukkan maklumat bank agent dan komisen dalam payout itu.

Anda juga boleh menolak payout yang berstatus **Processing**. Klik **Reject** dalam panel **Payout Details**. Beri Salam mengeluarkan komisen daripada payout itu, dan anda boleh memasukkan komisen itu dalam payout lain.

## Tips

- **Pastikan maklumat bank agent lengkap sebelum anda menjana payout.** Senarai payout menunjukkan bank dan nombor akaun daripada profil agent.
- **Masukkan nombor rujukan yang betul dalam Payment Reference.** Nombor rujukan ini membantu anda menyemak bayaran jika agent bertanya.

## Isu biasa

### Kenapa komisen agent masih Pending?

Transaksi penderma belum berjaya. Komisen menjadi Approved secara automatik apabila transaksi berjaya, dan Rejected jika transaksi gagal.

### Kenapa tiada komisen dalam senarai selepas saya klik Preview?

Payout hanya mengambil komisen Approved yang belum dimasukkan dalam mana-mana payout, dalam julat tarikh yang anda pilih. Semak julat tarikh dan status komisen.
