# Semak senarai sumbangan

> Cara mencari sumbangan dengan filter, membuka butiran transaksi, menghantar semula resit dan export senarai sumbangan dalam Beri Salam console.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donations/

Page **Donations** menyenaraikan semua transaksi sumbangan organisasi anda daripada semua borang derma. Gunakan page ini untuk menyemak status bayaran, mencari sumbangan tertentu dan export senarai untuk rekod.

## Buka senarai sumbangan

Ikut langkah ini untuk membuka senarai sumbangan:

1. Log masuk ke Beri Salam console.
2. Klik **Donations** → **Donations**.

Di bahagian atas page, tiga kotak ringkasan memaparkan bilangan dan nilai sumbangan bagi setiap status, dengan tarikh transaksi terakhir:

| **Kotak** | Keterangan |
|---|---|
| **Successful** | Sumbangan yang berjaya dibayar. |
| **Unsuccessful** | Sumbangan yang tidak berjaya. |
| **Pending** | Sumbangan yang masih menunggu keputusan bayaran. |

Senarai sumbangan memaparkan lajur **Created**, **Status**, **Channel**, **Name**, **Mobile Number**, **Referral Agent** dan **Transaction ID**. Di bawah setiap sumbangan, satu jadual kecil memaparkan borang, kempen, pakej, kuantiti dan jumlah.

## Cari sumbangan

Gunakan filter di sebelah kiri page untuk mencari sumbangan:

1. Isi satu atau lebih filter:

   | **Filter** | Gunakan untuk |
   |---|---|
   | **Created Date Range** | Sumbangan antara dua tarikh. |
   | **Transaction ID** | Mencari satu transaksi. |
   | **Transaction Status** | **New**, **Pending**, **Unsuccessful**, **Successful**, **Cancelled** atau **Abandoned**. |
   | **Transaction Type** | **One Off** atau **Recurring**. |
   | **Direct Debit Frequency** | **Weekly** atau **Monthly**, untuk sumbangan Direct Debit. |
   | **Payment Channel** | Saluran bayaran, contohnya **FPX Online Banking** atau **Manual Bank Transfer & CDM**. |
   | **Name**, **Email**, **Mobile Number** | Sumbangan daripada seorang penderma. |
   | **Campaign**, **Package**, **Form Title**, **Form Code** | Sumbangan bagi satu kempen, pakej atau borang. |

2. Klik **Filter**. Kotak ringkasan di atas juga berubah mengikut filter anda.
3. Klik **Reset** untuk mengosongkan semua filter.

Untuk carian cepat, gunakan link **Shortcut for** di atas senarai: **Today**, **Yesterday**, **This Week**, **This Month**, **Pending**, **Successful**, **Unsuccessful** atau **Bank Transfer**. **Bank Transfer** memaparkan sumbangan melalui pindahan bank manual.

## Lihat butiran sumbangan

Klik **Details** pada satu sumbangan. Page **Donation Details** memaparkan bahagian ini:

| **Bahagian** | Keterangan |
|---|---|
| Butiran transaksi | **Status**, **Transaction ID**, **Reference Number**, **Amount** (dengan caj payment gateway jika ada) dan **Payment Channel**. |
| **Extra Information** | Jawapan penderma kepada medan tambahan dalam borang. |
| Butiran saluran bayaran | Contohnya **FPX Online Banking Details**, dengan status dan nombor rujukan daripada bank. |
| **Form Details** | Borang derma yang digunakan, dengan **Achieve Rate**. |
| **Donor Details** | Maklumat penderma dan **Lifetime Value (LTV)**. Klik **View Profile** untuk membuka page penderma. |
| **Transaction Details** | Kempen, pakej, kuantiti dan jumlah. |
| **Donor Relationship Management** | Butang **Email Donor**, **SMS Donor**, **WhatsApp Donor** dan **Donor Address**. |

Untuk sumbangan yang berjaya, **Transaction Details** mempunyai butang **Download Receipt**, **Resend Receipt via Email** dan **Resend Receipt via SMS**. Butang **Receipt** dalam senarai juga memuat turun resit.

## Kemas kini status pindahan bank manual

Untuk sumbangan melalui pindahan bank manual, page **Donation Details** mempunyai bahagian **Manual Bank Transfer Details** dan baris **Status Actions**. Semak bukti bayaran dan akaun bank anda dahulu, kemudian klik satu butang. Status berubah sebaik sahaja anda klik.

| **Butang** | Bila digunakan |
|---|---|
| **Mark as Successful** | Wang sudah masuk ke akaun bank anda. |
| **Mark as Unsuccessful** | Tiada bayaran diterima. |
| **Mark as Pending** | Anda mahu mengembalikan status kepada menunggu. |

Butang bagi status semasa tidak dipaparkan.

## Export senarai sumbangan

Ikut langkah ini untuk export senarai sumbangan:

1. Filter senarai jika perlu. Fail export mengikut filter anda.
2. Klik **Export**. Panel **Export Report** akan dibuka.
3. Dalam **Select Fields to Export**, tandakan medan **Transaction** dan **Participant** yang anda mahu.
4. Klik **PDF**, **Excel** atau **Text**. Untuk PDF, pilih **PDF Orientation**.
5. Console meminta anda mengesahkan bilangan rekod yang akan di-export. Klik **Yes**.

Untuk menghantar mesej kepada penderma dalam senarai ini, lihat [Hubungi semula penderma](https://docs.berisalam.com/follow-up-donors/).

## Tips

- **Semak link Bank Transfer dengan kerap.** Anda perlu mengemas kini status setiap sumbangan melalui pindahan bank manual.
- **Cari mengikut e-mel apabila penderma bertanya.** Filter **Email** memaparkan semua sumbangan penderma itu dalam satu senarai.

## Isu biasa

### Kenapa butang Receipt tiada pada sesetengah sumbangan?

Resit hanya tersedia untuk sumbangan yang berjaya. Sumbangan dengan status lain, contohnya New atau Unsuccessful, tidak mempunyai butang Receipt.

### Bagaimana saya mengesahkan sumbangan melalui pindahan bank manual?

Buka Details sumbangan itu. Untuk pindahan bank manual, baris Status Actions mempunyai butang Mark as Successful, Mark as Unsuccessful dan Mark as Pending. Butang bagi status semasa tidak dipaparkan.
