# Hantar mesej secara automatik dengan Automations

> Bina aliran kerja automatik apabila status transaksi, mandat atau komisen berubah, contohnya untuk menghantar e-mel atau WhatsApp kepada penderma.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/automations/

**Automations** menjalankan tindakan secara automatik apabila sesuatu berlaku dalam Beri Salam. Contohnya, Beri Salam boleh menghantar e-mel terima kasih apabila sumbangan berjaya, atau menambah penderma ke Google Sheets. Setiap automation mempunyai satu trigger dan satu atau lebih node tindakan.

## Trigger & tindakan

Setiap automation bermula dengan satu trigger:

| Trigger | Bila trigger berjalan |
|---|---|
| **Transaction Status Changed** | Status mana-mana transaksi berubah. |
| **Mandate Status Changed** | Status mana-mana mandat Direct Debit berubah. |
| **Referral Agent Registered** | Referral agent baru mendaftar. Dalam senarai dan filter **Trigger Type**, trigger ini bernama **New Referral Agent**. |
| **Commission Status Changed** | Komisen referral agent diluluskan, ditolak atau berstatus menunggu. |

Selepas trigger, anda menambah node tindakan daripada kumpulan berikut:

| Kumpulan | Node |
|---|---|
| **Notifications** | **Send Email**, **Send WasapBom**, **Send Wabot**, **Send WasapBot** |
| **Integrations** | **SMS Niaga**, **Mail Niaga**, **Google Sheets**, **HTTP Request** |
| **Flow Control** | **Delay** (tunggu sebelum meneruskan), **Condition** (pilih laluan mengikut data) |

## Sambung perkhidmatan luar dahulu

Node WhatsApp, SMS Niaga, Mail Niaga dan Google Sheets memerlukan sambungan. Buat langkah ini sekali sahaja untuk setiap perkhidmatan.

1. Klik **Automations** → **Integration Settings**.
2. Klik butang perkhidmatan, contohnya **WasapBom Integration »** atau **Google Sheets »**.
3. On-kan pilihan **Enable**, contohnya **Enable WasapBom Integration**.
4. Masukkan token atau ID yang diberikan oleh perkhidmatan itu, contohnya **API Token** dan **Admin WhatsApp Number**.
5. Klik **Save**.

Untuk Google Sheets, klik **Connect Google Sheets** dan log masuk ke akaun Google anda.

## Buat automation daripada template

Cara paling cepat ialah menggunakan template. Ikut langkah ini.

1. Klik **Automations** → **Automations**.
2. Klik **Templates**.
3. Pilih template, contohnya **Send Receipt on Successful Payment** atau **WhatsApp Notification After Payment**, dan klik **Use Template**.
4. Semak setiap node dalam editor dan ubah teks mesej jika perlu.
5. Klik **Update Automation**, kemudian klik **Activate**.

## Buat automation baru

Ikut langkah ini untuk membina automation tanpa template.

1. Klik **Automations** → **Automations**.
2. Klik **New Automation**.
3. Masukkan nama dalam **Automation Name**.
4. Klik **Add Trigger** dan pilih trigger.
5. Klik **Add Node** dan pilih tindakan. Node baru akan disambungkan kepada node sebelumnya.
6. Klik ikon tetapan di bawah node untuk membuka **Configure Node**. Isi medan node itu, contohnya **To**, **Subject** dan **Body** untuk **Send Email**.
7. Klik **Variables** untuk memasukkan data penderma, contohnya `{participant_email}`, kemudian klik **Save Changes**.
8. Ulang langkah 5 hingga 7 untuk setiap tindakan.
9. Klik **Save Automation**. Automation disimpan dengan status **Inactive**.
10. Klik **Activate** untuk mula menjalankan automation itu.

## Semak & urus automation

Senarai **Automations** menunjukkan **Name**, **Trigger**, **Status**, **Runs** dan **Last Run** untuk setiap automation. Dalam senarai ini, anda boleh:

- Klik **View** untuk melihat sejarah larian. Page ini menunjukkan jumlah larian **Completed**, **Failed**, **Partial** dan **Running**, serta senarai setiap larian dan statusnya.
- Klik **Action**, kemudian pilih **Edit**, **Clone**, **Export** atau **Delete**.
- Klik **Import** dan pilih fail JSON untuk memasukkan automation yang anda export sebelum ini.

Automation yang diklon atau diimport juga bermula dengan status **Inactive**.

## Tips

- **Tambah Condition selepas trigger status.** Trigger status berjalan untuk setiap perubahan, termasuk transaksi yang gagal.
- **Guna Delay untuk mesej follow-up.** Contohnya, tunggu 5 minit sebelum menghantar WhatsApp. Dengan cara ini, mesej itu tidak sampai serentak dengan resit e-mel.
- **Uji dengan satu sumbangan kecil.** Selepas automation aktif, semak **View** dan [log mesej](https://docs.berisalam.com/message-logs/) untuk memastikan mesej dihantar.

## Isu biasa

### Kenapa tiada mesej dihantar selepas saya menyimpan automation?

Automation baru berstatus Inactive. Buka automation itu dengan Edit dan klik Activate. Untuk mesej WhatsApp atau SMS, semak juga sambungan dalam Integration Settings.

### Bagaimana saya menghantar mesej untuk sumbangan yang berjaya sahaja?

Trigger Transaction Status Changed berjalan untuk setiap perubahan status. Tambah node Condition selepas trigger dan pilih status yang anda mahu. Template Send Receipt on Successful Payment sudah mengandungi contoh ini.
