Langkau ke kandungan

Carian popular

Tambah pengguna admin atau staf

Dikemas kini

Setiap admin atau staf patut ada akaun pengguna sendiri dalam Beri Salam console. Jangan kongsi satu akaun antara beberapa orang.

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Profile → Users.

  2. Klik Add User.

    Page Users dengan senarai pengguna dan butang Add User.

  3. Pada page New User, isi medan dalam jadual di bawah.

    Borang New User.

  4. Klik Submit & Save.

Medan dalam borang New User:

Medan Keterangan
Name Nama pengguna. Wajib diisi.
Email Alamat e-mel untuk log masuk. Wajib diisi. Setiap pengguna dalam organisasi perlu ada e-mel yang berbeza.
Role Pilih admin atau staff.
Transaction Notification Hanya muncul jika anda memilih admin. On-kan Receive transaction notification jika pengguna ini perlu menerima e-mel untuk setiap transaksi.
Password Password pertama pengguna, sekurang-kurangnya 6 aksara.
Password Confirmation Password yang sama sekali lagi.

Page Users menunjukkan semua pengguna yang boleh masuk ke console. Lajur Roles menunjukkan peranan setiap pengguna, dan lajur Receive Trx Notification menunjukkan sama ada pengguna itu menerima e-mel transaksi.

Untuk mengubah atau memadam pengguna, ikut langkah ini.

  1. Klik Profile → Users.
  2. Cari pengguna dalam senarai. Anda boleh menggunakan kotak Search, atau pilih tarikh dalam Created Date Range dan klik Filter.
  3. Dalam lajur Action, klik salah satu butang ini:
    • View untuk melihat butiran pengguna.
    • Edit untuk mengubah nama, e-mel, peranan atau password. Klik Submit & Save selepas itu.
    • Delete untuk memadam pengguna. Console meminta anda mengesahkan dahulu.

Beritahu pengguna alamat log masuk dan password pertama melalui saluran yang selamat. Pengguna boleh tukar password selepas log masuk.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.