# Tambah pengguna admin atau staf

> Cara beri akses Beri Salam console kepada admin atau staf organisasi anda, dan cara ubah atau padam pengguna.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/users/

Setiap admin atau staf patut ada akaun pengguna sendiri dalam Beri Salam console. Jangan kongsi satu akaun antara beberapa orang.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini diambil pada tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah pengguna

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Profile** → **Users**.
2. Klik **Add User**.

   *(Screenshot: Page Users dengan senarai pengguna dan butang Add User.)*

3. Pada page **New User**, isi medan dalam jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang New User.)*

4. Klik **Submit & Save**.

Medan dalam borang **New User**:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Name** | Nama pengguna. Wajib diisi. |
| **Email** | Alamat e-mel untuk log masuk. Wajib diisi. Setiap pengguna dalam organisasi perlu ada e-mel yang berbeza. |
| **Role** | Pilih **admin** atau **staff**. |
| **Transaction Notification** | Hanya muncul jika anda memilih **admin**. On-kan **Receive transaction notification** jika pengguna ini perlu menerima e-mel untuk setiap transaksi. |
| **Password** | Password pertama pengguna, sekurang-kurangnya 6 aksara. |
| **Password Confirmation** | Password yang sama sekali lagi. |

## Ubah atau padam pengguna

Page **Users** menunjukkan semua pengguna yang boleh masuk ke console. Lajur **Roles** menunjukkan peranan setiap pengguna, dan lajur **Receive Trx Notification** menunjukkan sama ada pengguna itu menerima e-mel transaksi.

Untuk mengubah atau memadam pengguna, ikut langkah ini.

1. Klik **Profile** → **Users**.
2. Cari pengguna dalam senarai. Anda boleh menggunakan kotak **Search**, atau pilih tarikh dalam **Created Date Range** dan klik **Filter**.
3. Dalam lajur **Action**, klik salah satu butang ini:
   - **View** untuk melihat butiran pengguna.
   - **Edit** untuk mengubah nama, e-mel, peranan atau password. Klik **Submit & Save** selepas itu.
   - **Delete** untuk memadam pengguna. Console meminta anda mengesahkan dahulu.

## Selepas itu

Beritahu pengguna alamat log masuk dan password pertama melalui saluran yang selamat. Pengguna boleh [tukar password](https://docs.berisalam.com/change-password/) selepas log masuk.
