# Sambung TikTok Pixel

> Masukkan TikTok Pixel ID dan API token supaya TikTok dapat merekod sumbangan daripada iklan TikTok anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/tiktok-pixel/

TikTok Pixel merekod aktiviti penderma pada borang derma anda. TikTok menggunakan data ini untuk mengukur prestasi iklan anda. Buat tetapan ini sekali, dan semua borang dalam Beri Salam console akan menggunakan tetapan yang sama.

## Event yang dihantar ke TikTok

Selepas anda memasukkan Pixel ID, Beri Salam menghantar event ini ke TikTok:

| Event | Bila dihantar |
|---|---|
| `ViewContent` | Apabila penderma membuka borang derma. |
| `CompletePayment` | Apabila page resit memaparkan sumbangan yang berjaya atau masih *pending*. |
| `Subscribe` | Apabila pendaftaran Direct Debit berjaya. |

Jika anda memasukkan API token, event `CompletePayment` dan `Subscribe` juga dihantar terus dari server Beri Salam ke TikTok.

## Sebelum anda mula

Anda memerlukan dua nilai daripada akaun TikTok Ads Manager anda:

- Pixel ID
- Access token untuk Events API bagi pixel itu

Jangan kongsi token ini dengan orang lain.

## Masukkan TikTok Pixel ID dan token

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings**.
2. Di bahagian **Marketing & Analytics**, klik **TikTok Pixel Tracking**. Page **TikTok Tracking** akan dibuka.
3. Isi medan berikut.

   | Medan | Keterangan |
   |---|---|
   | **TikTok Pixel ID** | ID pixel daripada TikTok Ads Manager. |
   | **TikTok Pixel API Token** | Access token untuk pixel yang sama. |

4. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

## Tetapkan TikTok tracking untuk satu borang

Ikut langkah ini jika satu borang memerlukan pixel TikTok yang lain.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Klik **Edit** pada borang itu.
3. Di bahagian **Additional Settings**, klik **Tracking Settings**.
4. Isi **TikTok Pixel ID** dan **TikTok Pixel API Token** di bahagian **TikTok Pixel Tracking**.
5. Klik **Save Tracking Settings**.

> **Note**
> Jika medan untuk borang itu kosong, borang itu menggunakan tetapan dalam **Settings** → **TikTok Pixel Tracking**.

## Isu biasa

### Boleh saya guna pixel TikTok yang lain untuk satu borang?

Boleh. Buka borang itu, klik Tracking Settings dan isi bahagian TikTok Pixel Tracking. Jika medan itu kosong, borang itu menggunakan tetapan dalam Settings → TikTok Pixel Tracking.

### Bagaimana saya tahu event dihantar ke TikTok?

Lihat senarai event dalam Marketing Tool API Logs (/marketing-tool-api-logs/).
