# Semak log e-mel, SMS dan WhatsApp

> Lihat senarai e-mel, SMS dan mesej WhatsApp yang dihantar oleh Beri Salam, dan buka butiran setiap mesej.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/message-logs/

Log menyimpan rekod setiap e-mel, SMS dan mesej WhatsApp yang Beri Salam hantar, contohnya resit sumbangan dan mesej follow-up. Gunakan log untuk menyemak sama ada mesej sudah dihantar, dan sebab mesej gagal.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini diambil pada tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

Setiap senarai log ada filter **Created Date Range** untuk memilih julat tarikh. Klik **Filter** untuk filter senarai, **Reset** untuk mengosongkan filter dan **Reload** untuk memuat semula senarai.

## Semak log e-mel

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang Email Logs.)*

2. Klik **Email Logs**. Senarai e-mel yang dihantar dipaparkan, dengan lajur **Created**, **Module**, **Subject** dan **To**.

   *(Screenshot: Senarai Email Logs dengan filter dan butang View.)*

3. Filter senarai dengan **Module**, **Type** atau **To** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat e-mel itu. Page ini menunjukkan **Created Date**, **Recipient**, **Email Subject** dan kandungan penuh e-mel seperti yang penderma terima.

   *(Screenshot: Butiran satu e-mel dalam Email Logs.)*

5. Klik **« Back to Email Logs** untuk kembali ke senarai.

## Semak log SMS

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang SMS Logs.)*

2. Klik **SMS Logs**. Senarai SMS dipaparkan, dengan lajur **Created**, **Status Code**, **Sender ID**, **Mobile Number** dan **Message**. Lajur **Status Code** menunjukkan sama ada SMS itu `SUCCESSFUL` atau `FAILED`.

   *(Screenshot: Senarai SMS Logs dengan filter dan butang View.)*

3. Filter senarai dengan **Sender ID** atau **Mobile Number** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat butiran SMS itu.

   *(Screenshot: Page SMS Log Details untuk satu SMS.)*

5. Klik **« Back to SMS Logs** untuk kembali ke senarai.

Page **SMS Log Details** menunjukkan maklumat ini:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Created Date** | Tarikh dan masa SMS dihantar. |
| **Sender ID** | Sender ID yang menghantar SMS itu. |
| **Status Code** | Kod jawapan daripada SMS Niaga. |
| **Status** | Mesej ralat daripada SMS Niaga. Medan ini dipaparkan hanya jika SMS gagal. |
| **Mobile Number** | Nombor telefon penerima. |
| **SMS Message** | Teks SMS yang dihantar. |
| **Response Data** | Jawapan penuh daripada SMS Niaga, jika ada. |

## Semak log WhatsApp

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.
2. Klik **WhatsApp Logs**. Senarai mesej dipaparkan, dengan lajur **Created**, **Status Code**, **Mobile Number** dan **Message**.
3. Filter senarai dengan **Mobile Number** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat butiran mesej itu. Page **WhatsApp Log Details** menunjukkan **Created Date**, **Status Code**, **Mobile Number**, **WhatsApp Message** dan **Response Data**. Jika mesej gagal, medan **Status** juga dipaparkan.
5. Klik **« Back to WhatsApp Logs** untuk kembali ke senarai.

## Tips

- **Semak Status Code dahulu.** Jika mesej berstatus `FAILED`, buka butirannya untuk melihat sebab sebelum anda menghantar semula.
- **Filter dengan nombor atau e-mel penderma.** Cara ini lebih cepat daripada mencari dalam semua page senarai.

## Isu biasa

### Bagaimana saya semak jika penderma kata dia tidak terima e-mel?

Buka Email Logs dan cari alamat e-mel penderma dalam filter To. Jika e-mel ada dalam log, e-mel itu sudah dihantar. Minta penderma semak folder spam.

### Kenapa SMS saya berstatus FAILED?

Klik View pada SMS itu. Medan Status dalam SMS Log Details menunjukkan mesej ralat daripada SMS Niaga. Medan Response Data menunjukkan jawapan penuh.
