# Tracking Facebook, Google Ads dan TikTok bagi setiap borang

> Cara menggunakan pixel atau akaun iklan yang lain untuk satu borang derma melalui Tracking Settings.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-tracking/

**Tracking Settings** menetapkan tracking Facebook, Google Ads dan TikTok untuk satu borang derma sahaja. Gunakan tetapan ini jika satu borang memerlukan pixel atau akaun iklan yang lain, contohnya borang untuk kempen iklan khas.

Jika medan dibiarkan kosong, borang itu menggunakan tetapan dalam **Settings**. Tetapan itu digunakan untuk semua borang. Lihat [Sambung Facebook Pixel dan Conversions API](https://docs.berisalam.com/facebook-pixel/) dan [Sambung Google Ads conversion tracking](https://docs.berisalam.com/google-ads-tracking/).

## Tetapkan tracking untuk satu borang

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.
3. Skrol ke bahagian **Additional Settings**.
4. Klik **Tracking Settings**. Panel **Tracking Settings** akan dibuka di sebelah kanan.
5. Isi medan untuk platform yang anda perlukan. Lihat jadual di bawah.
6. Klik **Save Tracking Settings**.

Jadual ini menunjukkan medan dalam **Tracking Settings**:

| **Bahagian** | **Medan** | Jika kosong, borang menggunakan |
|---|---|---|
| **Facebook Tracking** | **Facebook Pixel ID** dan **Conversions API Token**, daripada Facebook Events Manager. | **Settings** → **Facebook Tracking** |
| **Google Ads Tracking** | **Google Ads ID** dan **Purchase Conversion Label**. Label ini ada dalam event snippet Google Ads, contohnya `send_to: AW-CONVERSION_ID/LABEL`. | **Settings** → **Google Ads Tracking** |
| **TikTok Pixel Tracking** | **TikTok Pixel ID** dan **TikTok Pixel API Token**, daripada akaun TikTok anda. | **Settings** → **TikTok Pixel Tracking** |

> **Caution**
> **Conversions API Token** dan **TikTok Pixel API Token** ialah rahsia. Jangan kongsi token ini, dan jangan tunjukkannya dalam screenshot.

## Semak event yang dihantar

Beri Salam merekod setiap event yang dihantar ke platform iklan dalam **Tools** → **Marketing Tool API Logs**. Lihat [Semak log Marketing Tool API](https://docs.berisalam.com/marketing-tool-api-logs/).

## Isu biasa

### Adakah saya perlu mengisi Tracking Settings untuk setiap borang?

Tidak. Jika medan dibiarkan kosong, borang itu menggunakan tetapan dalam Settings. Isi Tracking Settings hanya untuk borang yang memerlukan pixel atau akaun iklan yang lain.
