# Bawa penderma ke page terima kasih anda

> Cara membawa penderma ke URL anda selepas mereka sampai ke page terima kasih borang derma.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-thank-you-page/

Selepas membayar, penderma akan sampai ke page terima kasih Beri Salam. Dengan tetapan **Thank You Page**, anda boleh membawa penderma ke page anda, contohnya page terima kasih di laman web organisasi anda.

## Tetapkan URL page terima kasih

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.
3. Skrol ke bahagian **Additional Settings**.
4. Klik **Thank You Page**. Panel **Thank You Page** akan dibuka di sebelah kanan.
5. On-kan **Redirect to specific URL after reach thank you page**.
6. Dalam medan **URL**, masukkan alamat page anda. Pastikan alamat itu bermula dengan `https://`.
7. Klik **Save Thank You Page Settings**.

## Apa yang penderma lihat

Penderma akan melihat mesej **Please wait, you will be redirected in 3 seconds...** dahulu. Selepas tiga saat, browser akan membuka URL anda.

Beri Salam menambah dua nilai pada hujung URL anda:

| **Nilai** | Keterangan |
|---|---|
| `transaction_id` | Nombor transaksi bagi sumbangan itu. |
| `status` | Kod status transaksi itu, dalam bentuk nombor. |

Contohnya, `https://contoh.org/terima-kasih` menjadi `https://contoh.org/terima-kasih?transaction_id=...&status=...`.

> **Note**
> Apabila tetapan ini di-on-kan, page terima kasih Beri Salam tidak dipaparkan. Penderma akan dibawa ke URL anda, sama ada sumbangan itu berjaya atau gagal. Baca nilai `status`, kemudian beritahu penderma sama ada sumbangan mereka diterima.

Untuk menggunakan semula page terima kasih Beri Salam, off-kan **Redirect to specific URL after reach thank you page** dan klik **Save Thank You Page Settings**.

## Isu biasa

### Bagaimana page saya tahu sama ada sumbangan itu berjaya?

Beri Salam menambah transaction_id dan status pada hujung URL anda. Baca kedua-dua nilai itu pada page anda.
