# Tetapkan pilihan bayaran borang

> Cara tetapkan caj payment gateway kepada penderma, sumbangan berulang dan pindahan bank manual untuk satu borang derma.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-payment-options/

**Payment Options** ialah tetapan bayaran untuk satu borang derma. Di sini anda boleh memilih saluran bayaran, mengenakan caj payment gateway kepada penderma, dan mengaktifkan sumbangan berulang serta pindahan bank manual.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini diambil pada tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka Payment Options

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.

   *(Screenshot: Senarai borang derma dengan butang Edit.)*

3. Skrol ke bawah ke **Additional Settings**.
4. Klik **Payment Options**.

   *(Screenshot: Bahagian Additional Settings dengan butang Payment Options.)*

Ini bahagian dalam page **Payment Options**:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Payment Channels** | Saluran bayaran untuk borang ini, contohnya **FPX** dan **DuitNow QR**. Anda boleh pilih lebih daripada satu. |
| **Payment Gateway Fees** | Caj payment gateway yang dikenakan kepada penderma, untuk setiap saluran bayaran. |
| **Recurring Transaction** | Sumbangan berulang, dengan kekerapan, hari mula dan notifikasi. |
| **Manual Bank Transfer** | Penderma membayar terus ke akaun bank organisasi anda. |

Saluran dalam senarai **Payment Channels** bergantung pada akaun Bayarcash yang disambungkan.

## Kenakan caj payment gateway kepada penderma

Pilih saluran dalam **Payment Channels** dahulu. Kemudian ikut langkah ini dalam page **Payment Options**.

1. On-kan **Impose payment gateway fees to donor**. Satu baris caj dipaparkan untuk setiap saluran yang dipilih.
2. Untuk setiap saluran, masukkan caj dalam **Fixed Amount** (RM), **Percentage** (%) atau kedua-duanya.

   *(Screenshot: Page Payment Options dengan caj payment gateway di-on-kan.)*

3. Klik **Submit & Save**.

Masukkan caj yang sama dengan caj sebenar payment gateway anda untuk saluran itu.

## Aktifkan sumbangan berulang

Ikut langkah ini supaya penderma boleh menyumbang secara berulang, contohnya setiap bulan.

1. On-kan **Activate recurring transaction for this form**.
2. Isi tetapan sumbangan berulang. Lihat jadual di bawah.
3. Klik **Submit & Save**.

Ini tetapan sumbangan berulang:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Recurring Transaction Frequency** | **Daily**, **Weekly** atau **Monthly**. |
| **Transaction Day Start On** | Hari mula untuk **Weekly**, contohnya **Monday**. |
| **Transaction Date Start On** | Tarikh mula setiap bulan untuk **Monthly**, antara **1st** dan **28th**. |
| **Recurring Transaction Notification Schedule Time** | Masa notifikasi dihantar kepada penderma. |
| **Maximum Frequency** | Bilangan maksimum transaksi. Masukkan 0 untuk sumbangan berulang tanpa had. |
| **Recurring Transaction SMS Notification** | On-kan **Activate SMS notification for recurring transaction**, kemudian tulis mesej dalam **SMS Content for Recurring Transaction Notification**. |

Jika borang ini sudah ada mandat Direct Debit, anda tidak boleh mengubah **Activate recurring transaction for this form**.

## Aktifkan pindahan bank manual

Tambah akaun bank organisasi anda dahulu. Lihat [Tambah akaun bank](https://docs.berisalam.com/bank-accounts/). Kemudian ikut langkah ini.

*(Screenshot: Butang Payment Options dalam bahagian Additional Settings.)*

1. On-kan **Activate manual bank transfer payment method**.
2. Dalam **Bank Accounts**, tandakan akaun bank yang hendak dipaparkan pada borang.
3. Tulis arahan untuk penderma dalam **Manual Bank Transfer Notes**. Pilihan.

   *(Screenshot: Tetapan Manual Bank Transfer dengan akaun bank dan nota untuk penderma.)*

4. Klik **Submit & Save**.
5. Klik **View Form** untuk melihat hasilnya.

Dalam **Manual Bank Transfer Notes**, anda boleh menggunakan tag ini. Beri Salam menukar setiap tag kepada nilai sebenar:

| **Tag** | Nilai |
|---|---|
| `#organisation_name#` | Nama organisasi |
| `#organisation_owner#` | Pemilik organisasi (orang yang diberi kuasa) |
| `#organisation_phone_no#` | Nombor telefon organisasi |
| `#organisation_email#` | E-mel organisasi |
| `#amount#` | Amaun transaksi |

Penderma yang memilih pindahan bank manual mengisi tarikh transaksi dan memuat naik bukti pembayaran.

*(Screenshot: Pilihan Manual Bank Transfer pada borang derma, seperti yang penderma nampak.)*

> **Note**
> Jika borang ini ialah borang Direct Debit, saluran bayarannya ditetapkan dalam [Direct Debit](https://docs.berisalam.com/form-direct-debit/). Bahagian **Payment Gateway Fees** dan **Manual Bank Transfer** tidak dipaparkan untuk borang itu.
