# Semak senarai sumbangan anda

> Lihat dan filter semua sumbangan anda dalam akaun penderma Beri Salam, kemudian buka butiran setiap transaksi.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donor-transactions/

Panduan ini untuk penderma. Dalam akaun penderma, anda boleh melihat setiap sumbangan yang anda buat kepada organisasi, sama ada bayaran sekali atau Direct Debit. Gunakan page ini untuk menyemak status bayaran, atau untuk mencari transaksi sebelum anda memuat turun resit. Jika anda belum log masuk, lihat [Log masuk ke akaun penderma](https://docs.berisalam.com/donor-sign-in/).

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini diambil pada tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka senarai transaksi

Selepas anda log masuk ke akaun penderma, page **Transactions** dibuka terus.

1. Klik **Transactions** pada menu atas.

   *(Screenshot: Senarai Transactions dalam akaun penderma)*

2. Cari sumbangan anda dalam senarai. Untuk filter senarai, isi medan di sebelah kiri, kemudian klik **Filter**. Klik **Reset** untuk mengosongkan semua medan.

   | **Medan** | Gunakan untuk |
   |---|---|
   | **Created Date Range** | Paparkan transaksi antara dua tarikh. |
   | **Transaction ID** | Cari satu transaksi dengan nombor rujukannya. |
   | **Transaction Status** | Paparkan satu status sahaja, contohnya **Successful** atau **Unsuccessful**. |
   | **Transaction Type** | Pilih **One Off** untuk bayaran sekali, atau **Recurring** untuk bayaran berulang. |
   | **Payment Channel** | Paparkan satu cara bayaran sahaja, contohnya **FPX Online Banking** atau **Direct Debit**. |

Senarai ini menunjukkan lajur berikut:

| **Lajur** | Keterangan |
|---|---|
| **Created** | Tarikh dan masa transaksi dibuat. |
| **Status** | Status bayaran, contohnya **SUCCESSFUL** atau **UNSUCCESSFUL**. |
| **Channel** | Logo cara bayaran, contohnya FPX atau Direct Debit. |
| **Tenant** | Nama organisasi yang menerima sumbangan. |
| **Name** | Nama penderma. |
| **Transaction ID** | Nombor rujukan transaksi. |
| **Amount** | Jumlah sumbangan. |

## Lihat butiran transaksi

Untuk melihat maklumat penuh satu transaksi, ikut langkah ini.

1. Klik butang **Details** pada baris transaksi itu.

   *(Screenshot: Page Transaction Details dengan butiran sumbangan)*

2. Semak maklumat dalam setiap bahagian page itu.

   | **Bahagian** | Keterangan |
   |---|---|
   | **Transaction Details** | Tarikh, **Status**, **Transaction ID**, **Reference Number**, **Amount** dan **Payment Channel**. |
   | Butiran cara bayaran | Contohnya **FPX Online Banking Details**, yang menunjukkan nombor rujukan bank dan nama bank anda. |
   | **Donor Details** | Nama, e-mel dan nombor telefon yang anda isi dalam borang. |
   | **Donation Details** | Kempen, pakej, kuantiti dan jumlah untuk setiap item. |

Jika anda mengisi medan tambahan atau maklumat pengecualian cukai dalam borang, page ini juga mempunyai bahagian **Extra Info** atau **Tax Exemption Details**.

Dari bahagian **Donation Details**, anda boleh [memuat turun resit](https://docs.berisalam.com/download-receipt/) untuk transaksi yang berjaya.

## Tips

- **Derma dengan e-mel yang sama setiap kali.** Senarai ini hanya menunjukkan sumbangan yang dibuat dengan e-mel akaun penderma anda. Sumbangan dengan e-mel lain tidak dipaparkan di sini.
