# Semak dan kemas kini Direct Debit anda

> Cara melihat butiran e-Mandate Direct Debit dalam akaun penderma dan mengemas kini sumbangan bulanan atau mingguan anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donor-direct-debit/

Panduan ini untuk penderma yang menderma melalui Direct Debit. Direct Debit memotong sumbangan daripada akaun bank anda secara automatik, setiap bulan atau setiap minggu, mengikut e-Mandate yang anda daftarkan. Dalam akaun penderma, anda boleh menyemak e-Mandate itu dan mengemas kini sumbangan anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini diambil pada tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Semak butiran Direct Debit

Ikut langkah ini untuk melihat e-Mandate anda.

1. Log masuk ke akaun penderma anda. Lihat [Log masuk ke akaun penderma](https://docs.berisalam.com/donor-sign-in/).
2. Klik **Direct Debit** pada menu atas. Senarai **Direct Debit e-Mandates** dipaparkan.

   *(Screenshot: Senarai Direct Debit e-Mandates dalam akaun penderma)*

   Senarai ini mempunyai lajur **Created**, **Status**, **Name**, **Mandate Number**, **Payment Reference Number**, **Effective Date**, **Frequency** dan **Max. Amount**.

3. Untuk filter senarai, gunakan medan di sebelah kiri, contohnya **Mandate Status**, **Frequency** (**Weekly** atau **Monthly**) atau **Mandate Number**. Kemudian klik **Filter**.
4. Klik **Details** pada e-Mandate yang anda mahu semak.

   *(Screenshot: Page Direct Debit Details dengan butang Maintenance)*

Page **Direct Debit Details** menunjukkan bahagian berikut:

| **Bahagian** | Keterangan |
|---|---|
| **e-Mandate Details** | **Status**, **Mandate Number**, **Payment Reference Number**, **Frequency Mode**, **Effective Date** dan **Maximum Amount to Debit**. Jika e-Mandate ada tarikh tamat, **Expiry Date** juga dipaparkan. |
| **Form Details** | **Title** dan **Code** borang derma yang anda gunakan untuk mendaftar. |
| **Donor Details** | Maklumat anda, termasuk **Bank Code** dan **Account Number** akaun bank anda. |
| **Application History** | Setiap permohonan untuk e-Mandate ini. Lajur **Application Type** menunjukkan **Enrollment**, **Maintenance** atau **Termination**. |
| **Transaction History** | Setiap potongan yang dibuat melalui e-Mandate ini. |

## Kemas kini sumbangan Direct Debit

Butang **Maintenance** membuka semula borang derma dalam tab baru, supaya anda boleh mengemas kini sumbangan Direct Debit anda. Butang ini hanya dipaparkan jika status e-Mandate ialah **ACTIVE** dan organisasi masih membuka Direct Debit pada borang itu.

1. Buka **Direct Debit Details** untuk e-Mandate anda.
2. Klik **Maintenance**. Borang derma dibuka, dan maklumat e-Mandate anda sudah diisi.
3. Kemas kini maklumat yang perlu.

   | **Maklumat** | Boleh ditukar? |
   |---|---|
   | Pakej dan kuantiti, iaitu jumlah potongan | Ya |
   | Nombor telefon | Ya |
   | E-mel | Ya |
   | Nama penuh, nombor ID dan tempoh Direct Debit | Tidak |

4. Klik **Teruskan Kemaskini**. Jika borang itu dalam bahasa Inggeris, butang itu ialah **Proceed to Maintenance**.
5. Anda dibawa ke Bayarcash. Ikut langkah di skrin, kemudian sahkan kemas kini itu dalam perbankan internet anda.

Selepas bank anda mengesahkan kemas kini itu, anda akan menerima e-mel bertajuk **Kemaskini Maklumat Direct Debit ... Berjaya Disahkan**. Permohonan itu juga dipaparkan dalam **Application History**, dengan **Application Type** **Maintenance**.

Untuk menghentikan Direct Debit sepenuhnya, lihat [Batalkan Direct Debit](https://docs.berisalam.com/cancel-direct-debit/).

## Isu biasa

### Boleh saya tukar jumlah sumbangan Direct Debit saya?

Boleh. Buka Direct Debit Details, klik Maintenance, kemudian tukar pakej atau kuantiti. Klik Teruskan Kemaskini, kemudian sahkan kemas kini itu dalam perbankan internet anda. Anda tidak boleh menukar nama penuh, nombor ID atau tempoh Direct Debit.

### Kenapa butang Maintenance tidak dipaparkan?

Butang Maintenance hanya dipaparkan jika status e-Mandate ialah ACTIVE dan organisasi masih membuka Direct Debit pada borang itu.

### Bagaimana saya boleh menghentikan Direct Debit?

Klik Termination pada page Direct Debit Details, atau gunakan portal e-Mandate Bayarcash. Lihat Batalkan Direct Debit (/cancel-direct-debit/).
